Kemurungan adalah sejenis penyakit biologikal
yang dihidapi seseorang tidak disedari tanpa mengira usia, jantina,
personaliti, latar belakang dan fisiologi seseorang. Kewujudannya menjadi satu
ancaman kepada kesihatan manusia dan lebih merbahaya daripada penyakit berbahaya lain seperti penyakit jantung,
diabetes, darah tinggi dan angin ahmar kerana sifatnya yang boleh membunuh
secara senyap. Seseorang yang menghidap penyakit kemurungan dapat dilihat dari
segi tingkah laku dan cara percakapan. Individu yang murung cenderung untuk menyendiri
dan bersikap anti sosial. Mereka lebih suka duduk menyendiri daripada bergaul
dengan orang ramai. Sebahagiannya pula bertindak agresif terhadap orang lain
sehingga boleh mencederakan. Dari aspek dalaman pula, individu yang murung
mudah berasa risau, tertekan, fikiran menjadi tegang, cepat marah, mengeluh,
runsing, rasa kecewa dan mudah mengangis. Semuanya berlaku secara berbaur tanpa
ada sebab yang munasabah dan mudah difahami.
Penyakit kemurungan perlu dirawat segera bagi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak didingini berlaku. Hal yang demikian
kerana negara pernah digemparkan dengan berita kematian pelajar sekolah kerana
membunuh diri akibat menggantung diri dan terjun dari bangunan tinggi. Tragedi
berdarah itu berlaku disebabkan gangguan
jiwa dan kemurungan yang dihadapi remaja
tersebut di tahap kritikal. Persoalannya ialah apakah yang menjadi punca
berlakunya masalah kemurungan ? Hasil daripada kajian, antara punca berlakunya
masalah kemurungan ialah kehilangan seseorang yang sangat dikasihi, bosan
dengan suasana kehidupan, mendapat tugasan yang dirasakan membebankan, kecewa dengan
kegagalan, tekanan hidup persaingan dan
konflik dalaman.
Islam memberi konklusi yang berbeza tentang
masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman
yang terdiri daripada nafsu, jiwa dan perasaan. Sekiranya unsur-unsur tersebut
mengalami gangguan, maka akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya.
Faktor lain yang dikenal pasti sebagai punca ialah gangguan daripada makhluk
halus iaitu jin dan syaitan yang membawa kepada ketidakstabilan emosi dan
hilang kewarasan akal. Hasutan jin dan syaitan adalah bermotifkan untuk
menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-perkara yang membinasakan diri
seperti membunuh. Justeru, kaedah yang paling berkesan perlu dilakukan untuk
merawat penyakit kemurungan dalam kalangan remaja ialah melalui kaedah rawatan
batiniyah yang berkonsepkan ketuhanan.
Terapi secara kerohanian dilihat sebagai alternatif
terbaik untuk merawat penyakit kemurungan dengan menggunakan ayat-ayat
Al-Quran, Asma ul-Husna, solat, zikir, doa, munajat dan melakukan amalan
kebaikan sebagaimana yang digariskan oleh syara’. Allah swt sentiasa
mengingatkan manusia agar sentiasa mengingatiNya bagi mendapatkan pertolongan
sebagaimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud :
“Maka ingatlah kepadaKU. Aku juga akan
ingat kepadamu”.
Dan firmanNya lagi dalam ayat 153 yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”
Antara panduan yang boleh digunakan sebagai
terapi jiwa menggunakan pendekatan Islam ialah membaca surah Al-Fatihah, ayat
Kursi, surah Thaha (ayat 1-5), surah Al-Insyirah, berwudhu’, dan
memperbanyakkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Ini
bertepatan dengan pendapat Ibnu Qayyim
al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul Ma’ad yang mengatakan
bahawa tidak ada doktor yang boleh merawat penyakit jiwa melainkan beramal
soleh, menghampirkan diri kepada Allah dan mengingati hari kiamat. Ini
berdasarkan kepada firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :
“Wahai manusia yang telah dating kepada
kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi
penyakit-penyakit yang ada di dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat
bagi orang-orang yang beriman”
Islam menggalakkan umatnya supaya menjadi
generasi yang cergas, cerdas dan bersemangat untuk menghadapi ragam kehidupan
yang semakin mencabar. Kekuatan yang ada
pada diri perlu dibentuk dengan melengkapkan keperluan fisiologi dan
mentalitinya. Selain merawat aspek batiniyah, aspek lahiriah juga perlu dijaga
dengan melakukan beberapa kaedah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri
melalui pemakanan dan senaman secara rutin. Selain itu, menjaga kebersihan diri
dan persekitaran juga amat penting bagi mengelakkan penyakit dan gangguan
syaitan.Gaya hidup perlu diubah dengan berhenti merokok dan mengelakkan diri
dari meminum arak kerana boleh
menjejaskan kesihatan diri dan akal sebagaimana peringatan Allah swt dalam
surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud :
“Pada keduanya terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya”
Penyakit kemurungan juga dikaitkan dengan
masalah anti-sosial dan isolasi yang berpunca daripada perasaan rendah diri dan
kurang keyakinan kerana kecewa setelah
gagal untuk mencapai sesuatu. Cara terbaik yang boleh dilakukan ialah banyak
beriadhah bersama keluarga dan bergaul dengan orang ramai supaya jiwa dan
mentaliti tidak dibelenggu dengan beban perasaan yang membawa kepada
kemurungan. Hubungan yang erat antara ahli keluarga dapat meransang emosi yang
lebih stabil, bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran hidup.
Sebaliknya apabila keadaan jiwa dan emosi yang tidak stabil, syaitan akan
mengganggu dan menghasut supaya hilang semangat, putus asa dan meletakkan diri di
tempat yang hina. Segala usaha tersebut perlu dilakukan dengan niat semata-mata
kerana Allah swt bagi mengharapkan rahmatNya supaya dihindarkan daripada
perkara-perkara yang memudharatkan. Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat
28 yang bermaksud :
“Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allahlah hati menjadi tenteram “.
Kesimpulannya,
segala masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan pendekatan yang
berlandaskan syara’ . Yakinlah bahawa setiap masalah pasti ada cara untuk
menyelesaikannya dan Allah adalah penolongnya. Sesungguhnya Allah swt tidak akan
membebankan dengan sesuatu yang tidak
mampu ditanggung kerana kasih terhadap umatNya. Jadikan cabaran hidup sebagai
penguat diri untuk menjadi insan yang lebih baik kerana umat yang sentiasa
diuji adalah umat yang dikasihi. Elakkan
daripada terlalu mengikut perasaan dengan jiwa yang kosong kerana keadaan
demikian pasti akan mengundang masalah kemurungan. Kemurungan boleh menggugat
keimanan dan menjadikan manusia berada di lembah kehinaan. Jadikan diri sebagai
manusia yang cemerlang bagi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Wallahua’lam.
Artikel yang menarik mengenai kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Sebaik-baiknya masalah kemurungan ini dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik kecuali sekiranya masalah ini telah menjadi teruk seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya. Bagi mereka yang beragama Islam, pendekatan diri kepada Allah seperti yang diterangkan oleh ustazah sangat digalakkan.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah...
ReplyDeleteKitab suci al quran dapat dengan cepat menyembuhkan penyakit hati, dijamin, saya sendiri mulai merasa nyaman dan tenang karena mulai memperbanyak membaca al quran setiap harinya.
ReplyDeletehttp://www.superartikelblog.xyz/
Ustzh....help mé
ReplyDelete